loader image

3 Panduan Penjagaan Bayi Untuk Kekal Sihat – Pt. 1

Menjadi ibu dan ayah baharu, tugas yang menggentarkan terutama apabila anda kini mempunyai bayi untuk dijaga dan disayangi.

Bimbangkan keselamatan dan kesihatan, malam tanpa tidur, membersih dan berkejar dengan tugasan harian, kadangkala mengundang tekanan.

Berikut adalah 3 tips bagi memastikan ibu dan ayah dapat menikmati kemanisan keibubapaan dengan tenang.

1. Bersihkan lantai, katil, kerusi tinggi dan barang mainan yang mungkin disentuh anak

Selain daripada mengelap dan membersih habuk, anda perlu menyahjangkit permukaan diguna pada setiap hari dengan pencuci pembasmi kuman.

Permukaan dalam rumah dan kereta sorong bayi selalu digunakan dan akibatnya, permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan si manja jatuh sakit.

2. Halang kuman sebelum merebak

Pakaian kotor bayi yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutama apabila dibiarkan dalam tempoh lama. 

Basuk pakaian dengan bahan cucian antibakteria yang selamat pada kulit untuk membasmi penyebaran kuman seterusnya melindungi dan memberi keselesaan kepada si manja.

3. Pastikan tangan bersih

Kita menggunakan tangan dalam semua perkara, jadi sangat penting untuk sentiasa memastikan tangan dalam keadaan yang bersih bagi menghalang penyebaran kuman.

Gunakan cecair pembasmi kuman untuk memastikan tangan ibu dan ayah bersih sebelum mengangkat atau bermain dengan si manja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *