loader image

Hari Jumaat, Penghulu Kepada Segala Hari

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” – al Jumu’ah, 10

Kelebihan-kelebihan hari Jumaat:

  • Hari paling mulia
  • Hari bagi kaum Muslimin
  • Penghulu segala hari
  • Hari perhimpunan Solat Jumaat
  • Hari ramainya Malaikat turun ke Bumi
  • Hari mustajabnya doa
  • Hari dihapuskan dosa
  • Hari lebih utama bersedekah
  • Hari meraih pahala
  • Hari hidayah daripada Allah SWT
  • Hari terselamatnya dari seksa kubur

Hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari lain. Untuk itu, kita sebagai seorang Muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar tidak disia-siakan kebesaran hari tersebut.

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hambaNya yang ikhlas dalam beribadah kepadaNya, serta memberi kita kekuatan untuk kita terus beristiqamah dalam melakukan amal soleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *