loader image

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2023/1445H

Sempena bulan Rabi’ul Awwal, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut sambutan Maulidur Rasul 2023 bersamaan 1445H. Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Ia jatuh pada hari ke-12 bulan Rabi’ul Awwal, iaitu bulan ketiga dalam takwim Hijrah, atau dalam takwin Masihi, Isnin, 20 April 571M. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda mengingati kelahiran baginda yang dikasihi.

Saban tahun, sambutan ini akan diadakan di peringkat persekutuan dan negeri menerusi pelbagai program yang dijalankan. Pelbagai program dijalankan antaranya forum perdana, perarakan dan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh yang dipilih.

Tema sambutan pada tahun 2023/1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani.”

Hukum menyambut sambutan ini adalah termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan
  • Menutup aurat
  • Tiada unsur maksiat
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW
  • Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW
  • Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *