loader image

KERAK KEPALA TEBAL PUNCA KEPALA ANAK BERBAU?

TIPS BAYI

KERAK KEPALA TEBAL, PUNCA KEPALA ANAK BERBAU?

PUBLISHED BY MAMZ 16//1/2024

Patutlah kepala baby berbau, bila dah cukur rambut ini baru nampak ada kudis dekat kepala. Geramnya tengok anak ada kerak kepala.”

Ibu – ibu biasa tak hadapi benda macamni? Kerak pada kepala bayi adalah perkara biasa bagi kebanyakan bayi newborn. Kerak kepala atau cradle cap adalah bentuk keradangan kulit. Ia boleh juga muncul pada bahagian lain seperti wajah khususnya di sekitar mata, hidung, telinga, dan juga sekitar lipatan kulit.  Masalah kulit ini boleh dilihat dengan kemunculan kerak putih bersisik di kepala bayi. Sekali pandang, rupa kerak di kepala bayi kelihatan seperti kepingan kelemumur. 

Gejala dermatitis seborheic menyebabkan kulit kepala bayi menjadi sangat berminyak dan muncul kerak kering dan bersisik yang boleh mengelupas seperti kelemumur. Masalah kulit ini juga menyebabkan bayi menangis dan kecoh kerana kegatalan yang ditimbulkan sehingga mengganggu waktu tidur bayi. Gejala biasanya hanya muncul dalam 6 minggu pertama usia bayi. Kerak pada kulit kepala bayi biasanya berbentuk tompok-tompok. Tompok-tompok ini akan merebak di beberapa bahagian kulit.

Lazimnya dalam tempoh minggu pertama bayi, masalah ini akan terbentuk di bahagian kepala. Ia seakan kelemumur, kelihatan bersisik dan berbau. Malah kulit kepala bayi juga akan kelihatan kemerahan. Biarpun ia dikatakan masalah biasa bagi bayi baru lahir, jangan anggap ia perkara yang remeh. Jika dibiarkan atau jarang dibersihkan ia akan membuatkan kotoran semakin menebal melekat di kulit kepala. Akhirnya, kotoran ini menjadi kerak sehingga sukar untuk dibersihkan dengan mudah. Malah jika dibiarkan boleh menjadi keradangan atau infeksi bagi kes yang teruk.

Cara Hilangkan Kerak Kepala (cradle cap)  Bayi Dengan Berkesan :

 

1. Cukur Atau Pendekkan Rambut

Bagi bayi yang menghadapi masalah kerak kepala, ibu ayah harus cukur rambut bayi agar mudah untuk diuruskan.  Apabila kepala bayi sudah botak atau rambut pendek, keradangan mudah diatasi dengan cepat terutama ketika membersihkan kepala bayi semasa mandi.

 

2. Elak Pakai Topi

Lazimnya kebanyakan ibu suka pakaikan bayi topi. Namun cara ini tidak sesuai terutama yang menghadapi masalah ini. Ia mengakibatkan kulit kepala bayi menjadi lembab dan berpeluh. Untuk mengatasinya, biarkan kepala bayi pada suhu bilik sentiasa berangin dan tidak terlalu panas. Ia bagi mengelak rasa ketidakselesaan dan kegatalan yang boleh menimbulkan keradangan.

 

3. Cuci rambut bayi

Penting bagi ibu untuk mengetahui cara mencuci rambut untuk bayi yang baru lahir dengan betul. Ia sangat membantu mengurangi masalah kerak kepala. Titiskan syampu bayi (sebaiknya yang natural) secukupnya di kepala dan urut dengan lembut. Dalam tempoh itu, ibu boleh mengurut perlahan kepala bayi, sekali gus dapat melembutkan kerak kepala bayi. Bilas rambut bayi untuk menghilangkan semua syampu pada bahagian kepala.

 

4. Gunakan Baby Oil & Berus Khas Bayi

Berus rambut bayi bertujuan untuk membuang kerak yang melekat pada bahagian kepala. Caranya dengan menggunakan baby oil. Selepas rambut bayi dicuci dengan syampu, tuangkan baby oil (Mamz Oil) secukupnya di telapak tangan ibu lalu di sapu ke kulit kepala bayi. Lakukan urutan dengan lembut pada bahagian itu. Biarkan beberapa minit atau beberapa jam. Kemudian dengan menggunakan berus khas bayi, ibu perlu menyikat rambut secara lembut bagi mengeluarkan kerak pada kulit kepala bayi.

5. Nasihat Doktor

Sekiranya kerak kepala bayi terlalu tebal dan membimbangkan, bawalah bayi berjumpa doktor. Doktor akan memberi nasihat rawatan dan krim yang sesuai untuk merawat kulit kepala bayi. Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala telah menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor mungkin akan menyediakan krim anti-fungus yang sesuai.

Sumber : tropika.my

 

Untuk mengatasi masalah kerak kepala atau cradle cap di kepala anak. Ibu – ibu boleh juga untuk sapukan Mamz Oil dekat bahagian kepala atau badan yang mempunyai masalah. Klik link di bawah untuk info lanjut tentang Mamz Oil.

MAMZ OIL