loader image

Anak tak hormat Ayah? Ayah boleh lakukan ini.

Hi Mamz Lover, jika sebelum ni, bonding antara Mummiez dan si Manja ditekankan. Tetapi harini Teacher Sofwa nak kongsi juga, kepentingan buat si ayah untuk bonding dengan Si Manja. Banyak kelebihan bila si Ayah rapat dengan Si Manja, antaranya, akan merembeskan hormon kegembiraan buat anak dan juga ayah. Akan meningkatkan kesihatan buat ayah dan anak. Tapi apa caranya umtuk kuatkan bonding antara ayah dan Si Manja bayi anda? 

 

👶 Kerap lihat wajah & mata si comel

 

Muka si Manja yang comel tu boleh mencairkan hati sesiapa je yang melihatnya. Jadi ruginya kalau Ayah tidak mengambil peluang untuk melihat dan menghayati ciptaan Allah. Bukan sahaja dapat melegakan stress si Ayah, malah dapat meningkatkan kegembiraan si anak. 

 

👶 Sentiasa banyakkan bercakap dengan si comel

 

Seperti di entri sebelum ini, bercakap dengan bayi sangat penting untuk meningkatkan kepercayaan Si Manja kepada Ibu Ayah. Rugi sangat jika Ayah tidak mengambil peluang ini untuk merapatkan hubungan Si Manja dengan si Ayah. Jadi lepas ni, boleh la Mummiez pergi outstation dengan tenang, sebab ayah dah boleh uruskan anak-anak.

 

👶 Kerap peluk & menyentuh bayi

Sentuhan memainkan peranan sangat penting untuk meningkatkan dan menunjukkan kasih sayang Si Ayah kepada Si Manja. Terutamanya, bila si Ayah memeluk dan mengurut si Manja dengan Mamz Oil atau Mamz Cream. Dengan urutan dari Ayah, anak berasa dekat dengan ayah. Ini menambahkan rasa sayang Si Manja kepada Si Anak. Tersangatlah rugi sekiranya Ayah tidak ambil peluang untuk mengurut Si Manja sejak dari mereka Bayi. Bukan tu sahaja,  InshaAllah anak pun lena je bila bangun esokknya.

Jadi, masih tidak terlambat untuk Ayah-ayah buat semua ini agar anak berasa sayang dan rapat dengan si Ayah. Ini akan menyebabkan anak menjadikan ayah seorang yang sangat penting, dan akan hormat akan Si Ayah. So macam mana, senang ke senang? Jom kita terus buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us