Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada ibu dan ayah. Selalunya mereka tak nak makan atau hanya makan sedikit sahaja. Adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan/minuman yang mereka ingin makan.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk memberi makan kanak-kanak yang sakit:
- Beri kanak-kanak makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.
- Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan protein. Sedikit mentega boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kalori.
- Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk.
- Elakkan memberi kanak-kanak makan dalam posisi berbaring kerana boleh menyebabkan mereka tercekik.
- Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama 10 minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.
- Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial.
Semoga bermanfaat kepada semua!