loader image

5 TANDA SUSU IBU KURANG

TIPS IBU & ANAK

5 TANDA SUSU BADAN IBU KURANG YANG IBU KENA ALERT!

PUBLISHED BY MAMZ 8/1/2024

Mommiz mesti stress kan bila anak Mommiz asyik meragam je walaupun baru je lepas menyusu. Tambah pula, kalau anak Mommiz baru lahir, mesti lagi kerap nak menyusu. Haaa anak Mommiz menangis sebagai tanda ‘late cues’, iaitu anak Mommiz sebenarnya dah terlalu lapar.  Jadi, bila perkara ini berlaku, Mommiz kena tenangkan si manja dulu sebelum menyusu.

Untuk Mommiz yang baru menyusukan anak, Mommiz boleh cuba belajar perhatikan ‘early feeding cues’ pada si manja. Contohnya macam bayi membuka mulut dan mencari – cari susu ibu.

Mommiz nak tahu tanda – tanda badan Mommiz kurang susu? Ini dia 5 tanda yang wajib Mommiz perhatikan!

1. Berat baby menurun atau tidak ideal

Berat bayi lazimnya meningkat 100-200g seminggu untuk 1 bulan pertama kelahiran, pada bulan seterusnya sehingga 1 tahun berat bayi meningkat antara 85-104g. Berat bayi perlu meningkat sebanyak 600g dari lahir hingga dia berusia 1 bulan. Sekiranya berat bayi kurang dari ini, Mommiz perlu tingkatkan penyusuan susu ibu.

2. Bayi kurang membuang air kecil kurang daripada 6 kali sehari

Air kencing bayi berwarna kuning jernih adalah tanda bayi mendapat cukup susu. Sekiranya lampin ditukar kerap, lebih daripada 6 kali adalah normal, namun sekiranya kurang daripada 6 kali sehari, itu tandanya bayi mommies kurang minum susu.

3. Bayi tidur tak lena dan kerap terjaga

Bayi yang tak cukup susu akan tidur tak lena dan sangat kerap terjaga. Bayi kelihatan tidak sihat, dan tona otot yang kurang baik. Bayi yang tidak cukup susu, kulitnya agak kering dan kurang anjal. Mulutnya juga agak kering.

4. Baby kerap menangis dan minta disusukan kerap

Baby menyusu sekejap-sekejap, adakalanya tidak sampai 20 minit pada satu sesi, dan menangis lagi untuk disusukan. Sekiranya payudara tidak lembut selepas 20 minit penyusuan, periksa teknik lekapan. Baby mengempeng terlalu lama, dan kerap merengek kerana tidak cukup susu. Baby menyusu berlarutan sehingga lebih dari 30 minit, dan payudara telah lembut namun bayi masih kelihatan tidak puas menyusu.

5. Hasil mengepam yang sedikit

Hasil pam yang sedikit dan tidak cukup untuk bayi. Penghasilan susu ibu tidak meningkat selepas lebih sebulan kelahiran adalah tanda-tanda susu ibu kurang dan tidak cukup untuk si manja. Baby Mommiz ada tak alami lima tanda-tanda di atas?

Jom tingkatkan susu badan supaya si manja dapat susu yang mencukupi dan membesar dengan sihat dan gembira. 

Sumber : Mommanutrition

Mommiz nak tahu cara untuk tambah susu badan dengan mudah? Klik je dekat bawah.

MOMIZ