loader image

Tips Cara Simpan Perahan Susu Ibu Supaya Tahan Lama

TIPS IBU & ANAK

TIPS SIMPAN PERAHAN SUSU IBU SUPAYA TAHAN LAMA

PUBLISHED BY MAMZ 11/1/2024

SUMBER : GOOGLE IMAGE

Penting untuk ibu mngetahui cara menyimpan susu badan bagi tahan lama amat penting bagi ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil. Mungkin pernah dengar sebelum ni cara simpan susu badan dalam plastik atau cara simpan susu ibu dalam cooler bag. Dah ada anak sendiri ni barulah nak kelam-kabut nak praktikkan pulak. Susu ibu adalah makanan yang paling berkhasiat untuk bayi, memberikan mereka semua nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

Ada pelbagai cara mudah yang boleh anda ikut dan cuba. Para ibu boleh cuba teknik mudah berikut untuk simpan susu ibu yang sudah diperah agar tahan lama.

  • Anda boleh memerah dan membuat simpanan stok susu 4 minggu atau seawal 2 minggu selepas bersalin Perah susu anda pada bila-bila masa sekiranya payudara masih terasa penuh atau jika susu anda berlebihan walaupun bayi telah cukup menyusu

  • Jika bayi telah menyusu di sebelah payudara sahaja, perahlah susu anda di sebelah payudara lagi
    Pilih bekas yang sesuai -bekas plastik/kaca/botol tanpa puting yang bebas BPA (Free BPA)

  • Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan tertutup

  • Simpan kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz-5oz)

  • Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan

  • Cara penyimpanan ini adalah yang seperti di syorkan oleh Bahagian Pemakan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan

Cara Nak Cairkan Susu Ibu Yang Sudah Simpan Lama Dalam Peti Sejuk

  • Susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk tidak boleh terus dipanaskan secara terus.
  • Cara yang betul untuk mencairkan susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk seperti yang disyorkan  oleh CDC seperti berikut
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
 
 

Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan

Cara Nak Cairkan Susu Ibu Yang Sudah Simpan Lama Dalam Peti Sejuk 

Susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk tidak boleh terus dipanaskan secara terus. Cara yang betul untuk mencairkan susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk seperti yang disyorkan  oleh CDC seperti berikut :

  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip. 
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil. 
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya. Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan. 
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula. 

Cara simpan susu badan dengan betul agar boleh bertahan lama bukan saja penting untuk memastikan bayi mendapat bekalan susu ibu. Tetapi ianya juga perlu bagi memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang terbaik dan tidak tercemar. Perkara yang paling penting untuk ibu  adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, cara penyimpanan susu ibu dan melatih bayi untuk mengambil susu itu. 

 

Ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan dan ingin menambah susu badan, bolehlah cuba amalkan dibuat daripada gabungan makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda gred AAA yang ditanam di Dataran Arab Habsyah. Sesuai untuk menambahkan tenaga badan ibu, menambahkan susu badan ibu dan banyak lagi.

Klik link dibawah untuk banyak lagi maklumat tentang Momiz  :

MOMIZ